Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Thursday, May 17, 2012

Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang - Warisan Budaya Sarawak

Puteri Santubong merupakan ceritera sastera rakyat negeri Sarawak yang meniti dari bibir ke bibir. Ia diperturunkan dari generasi ke generasi kerana ada unsur-unsur pengajarannya di dalamnya. Selain itu untuk memberi 'logik' kisah kejadian dan kemunculan sesuatu perkara. Oleh kerana ia merupakan cerita lisan iaitu cerita mulut yang diceritakan dari nenek, ibu bapa kepada kepada cucu dan anak-anak kecil, ceritanya sentiasa berubah, berkurang atau bertambah untuk menyedapkan lagi cerita.

Konon ceritanya pada zaman dahulu kala di sebuah negeri Sarawak terdapat dua buah kampung yang berjiran tetapi sentiasa bermusuhan. Kampung Pasir Kuning dan Kampung Pasir Putih.

Bagi menamatkan permusuhan tersebut, Dewata Mulia Raja mengutuskan dua orang puteri kayangan bersaudara pupu turun ke bumi dan memimpin penduduk kampung berusaha menuju kearah kemakmuran.
Puteri Santubong memimpin Pasir Kuning, Puteri Sejinjang pula Kampung Pasir Putih. Mereka sendiri telah bersumpah tidak akan bermusuhan sesama sendiri dengan terikut-ikut dengan perangai penduduk yang dipimpin. Kedua-dua kampung mulai mengecap kemakmuran. Kain tenunan Puteri Santubong begitu unik dan dapat dijual dengan harga yang mahal. Sementara tanaman padi di Kampung jiran begitu subur dan menjadi.

Kemasyuran Kampung Pasir Kuning memikat kehadiran orang dagang, termasuklah Putera Serapi dari Matang yang segak dan tampan yang akhirnya bercinta dengan Puteri Santubong sementara Panglima Putih sakit hati kerana pinangannya ditolak.
Kampung Pasir Putih dibakar oleh Sang Bualang kerana kecewa cinta ditolak Puteri Sejinjang.
Puteri itu lari ke istana Puteri Santubong, bersua Putera Serapi lalu jatuh cinta.
Akibat permusuhan lantaran cemburu telah membawa kepada perkelahian kedua mereka. Sejinjang memukul pipi Santubong lalu Santubong membalas dengan menikam dengan batang belida lalu Sejinjang bertukar menjadi Pulau Kera dan Santubong menjadi Gunung Santubong.



Gunung Santubong yang terletak di Sarawak, Malaysia merupakan sebuah daripada gunung legenda yang terkenal di Sarawak. Ia terletak 35 km di utara Bandar Kuching. Setinggi sekitar 810 meter, gunung ini terletak di sebuah semenanjung kecil yang dinamakan semenanjung Buntal yang popular kerana aktiviti-aktiviti pelancongannya.

Mengikut sejarahnya, pada abad ke-14 Masihi pusat komersial pentadbiran negeri Sarawak ialah Santubong d mana kuala Santubong menjadi pusat kunjungan para saudagar dari Timur dan Barat untuk berniaga. Penemuan pelbagai artifak di kawasan sekitarnya menguatkan lagi dakwaan bahawa terdapat kesan langsung perdagangan di Santubong kepada penyebaran Islam dan Hindu di Sarawak.

Saturday, April 7, 2012

Rumah Hijau Cafe

Satu lagi tempat menjamu selera paling popular di Kuching iaitu Rumah Hijau Cafe. Ianya terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Kuching, iaitu di Jalan Rubber. Bagi pengunjung yang pergi ke Pasar Minggu Satok ataupun Kedai Ikan Terubuk Masin, Rumah Hijau Cafe ini adalah destinasi wajip yang perlu dikunjungi.

Suasana nyaman kehijauan pokok-pokok membuatkan anda berasa selesa ditengah kesibukkan kota.


Tempat menjamu selera terbahagi kepada 2 iaitu parsekitaran taman mini dan juga yang berhawa dingin.

Dekorasi dalaman yang santai seolah-olah anda berasa seperti dikediaman sendiri. Susun atur tempat duduk yang agak jauh menjanjikan privacy kepada pengunjung. Sistem pencahayaan yang kreatif menyerlahkan suasana segar ketika menjamu selera.




Dari segi menu pula, terdapat pelbagai sajian yang enak hasil kepakaran pemilik Rumah Hijau Cafe sendiri. Originality rempah ratus yang digunakan sememangnya jauh berbeza dari tempat menjamu selera seumpamanya di Kuching. Lihat sahaja gambar-gambar sajian popular dibawah, semestinya enak dan memang berbaloi.
Inilah kepakaran Rumah Hijau Cafe.. Menyediakan Ayam Penyet yang sedap, garing diluar dan lembut didalam dan ditabur dengan kepingan kepingan rempah sekaligus mewujudkan rasa yang LUAR BIASA hasil gabungan rempah ratus yang dipilih khas oleh pakar masakan , hanya yang terbaik dari RUMAH HIJAU CAFE KUCHING.
Bryani Ayam Penyet
laksa sarawak
NASI ULAM AYAM PERCIK- a must try menu
laksa peranakan nyonya
mee kari
Muglay Ayam
roti canai O
Roti Bom Ayam
Nasi Ulam Ayam Percik
Terdapat juga beraneka jenis kek-kek/ dessert yang disediakan.
"Horlick cheese cake" ....ciptaan khas daripada pakar pembuat cake Rumah Hijau Cafe.. Nikmatilah rasa gabungan horlick dan cheese yang terbaik.. Hanya di ( rumah hijau cafe ) ... cepat!!! tak rasa RUGI..
"Roti Pisang Cheese Chocolate" @ rumah hijau cafe.
Chocolate Cheese Cake @ Rumah Hijau
Roti Pisang Cheese Chocolate
Salt Cheese Cake-Yummylicious
Chocolate Brownies
Creampuff with custard
 "French Thosei".

Harga sajian pula amatlah berpatutan, lihat sahaja senarai harga dibawah.



Anda juga boleh membuat tempahan awal jika berhasrat untuk mengadakan Party HariJadi dan sebagainya.

Silalah berhubung dengan:
Tuan Jamal ditalian  016 5891947
atau menerusi email rumahhijaucafe@gmail.com

Buka seawal jam 8 pagi dan tutup pada jam 4 petang setiap hari.

Saturday, March 24, 2012

Emmilie Cafe dan Feelhard Fitness & Gym

Satu lagi destinasi menarik untuk menjamu selera terletak di Jalan Dahlia, Laruh Skim. Tempatnya agak terpencil dari kesibukan kota dan dikelilingi pokok-pokok besar mendinginkan suasana yang nyaman dan tenteram. Walaupun pertama kali menjejakkan kaki kesini, Zam dapat merasakan kelainan layanan dengan aura yang tersendiri.

Bagi pengunjung yang 'menjaga badan' yang terlepas rutin harian di Gym, silalah berkunjung ke sini. Dengan harga RM4 sahaja per walk-in, pengunjung boleh melakukan rutin anda sementara menunggu makanan dihidangkan.

 Untuk makcik-makcik yang kepenatan usah risau, banyak kemudahan lain disediakan seperti Wifi dan Projector/ TV/Astro. Terdapat juga Taman Mini berserta kolam di bahagian belakang. Pendek kata, tempat menjamu selera ini amatlah sesuai untuk semua peringkat umur.









Jika ada diantara pengunjung yang inginkan 'privacy', tempat menjamu selera ini juga menyediakan bilik khas berhawa dingin yang memuatkan sehingga 20 orang tetamu dilengkapi sistem karaoke. Amat sesuai jika berhajat untuk mengadakan Parti Hari Jadi untuk orang tersayang. Anda boleh menempah bilik tersebut secara percuma dengan menghubungi Tuan Ahmed Eli Firdaus 012-8051988.



Dari segi kepelbagaian menu pula amatlah banyak. Western Food, masakan tempatan dan India ada disini dengan harga yang amat berpatutan bersesuaian dengan kemudahan yang disediakan. Sebagai contoh, Nasi Goreng Dabai/ Kerang/ Seafood/ dijual dengan harga RM5 hingga RM6 sepinggan dan Oren Jus dengan harga RM5 serta minuman lain dibawah harga RM2.50 segelas. Masakan popular Sarawak seperti Mee Kolok dan Laksa Sarawak masing-masing berharga dibawah RM5 mengikut saiz.Zam pun dah cuba beberapa menu dan ternyata ianya tidak mengecewakan. Memang sedap dan lazat.




Emmilie Cafe ini buka seawal jam 4petang hingga jam 3 pagi manakala Feelhard Fitness & Gym bermula jam 9 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Friday, February 3, 2012

Sinar Serapi Eco Theme Park









Sebuah Taman Rekreasi Air yang terletak dikawasan Matang, Petra Jaya. 
Saya sendiri terkejut apabila mengetahui tentang wujudnya Taman Rekreasi yang berdekatan bandar. 
Anda tidak perlu lagi kepantai untuk bermain jet ski dan aktiviti air lain. 
Hanya perlu datang kesini bersama rombongan dan anda dijanjikan dengan layanan istimewa.









Buat pengetahuan semua, Sinar Serapi Eco Theme Park juga di kenali sebagai Sinar Serapi Home Resort. 
Ianya terletak di Jalan Sungai Tengah, Batu 71/2 off Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak..

Walaupun pembinaan belum sepenuhnya siap (di katakan baru 80%) tetapi Sinar Serapi Eco Theme Park rasanya mampu memberikan kepuasan kepada setiap pengunjungnya..

Saya difahamkan Eco Theme Park ini akan dibuka secara rasmi menjelang tahun 2013.  Kelapangan tanah yang amat luas yang masih dalam proses pembinaan amat membuatkan saya tidak sabar-sabar menunggu kedatangan tahun 2013. 










Ianya beroperasi 9:00am - 10:30pm setiap hari..




Bayaran masuk bagi dewasa adalah rm10 seorang. Kanak-kanak atau remaja 6 tahun keatas pula rm5 seorang manakala kanak- kanak bawah 5 tahun adalah percuma.


Jangan risau dengan kadar bayaran masuk yang mahal, apa yang perlu anda lakukan adalah tukar sahaja kupon bayaran masuk itu untuk membeli makanan Ala-Carte, Steamboat ataupun bermain kayak/jet ski dan sebagainya.


Sebagai contoh; Jika anda hanya mahu cuci mata sambil menikmati makan istimewa, anda boleh menukar kupon bayaran masuk bernilai RM10 untuk menikmati hidangan Kway Teow atau Bee Hoon (goreng atau sup) yang bernilai RM6. Bukan itu sahaja anda boleh memesan Cofee O dan 1 paket Pop Corn yang masing-masingnya berharga RM2.








Pelbagai menu barat disediakan.  Harga pula amatlah berpatutan bersesuaian dengan kemudahan yang telah tersedia.










Jika anda menginginkan untuk merasai kesegaran makanan laut anda bolehlah mencuba Lake Side Buffet Steamboat yang berharga RM25 seorang pada sebelah petangnya. 
  Gold Bar akan dibuka se awal jam 6 petang memeriahkan makan malam anda sambil didendangkan dengan hiasan nyanyian pemuzik tempatan.










Ruang duduk yang selesa sekaligus merehatkan badan dengan bunyi-bunyian semulajadi dari kicauan unggas sekeliling benar-benar membuatkan anda terlupa perkara lain.




Disini menyediakan aktiviti air yang bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur.  Terdapat beberapa kolam yang dikhaskan untuk kanak-kanak bermain dengan selamat. Ibubapa boleh memantau dari Cafe ataupun bermain sekali dengan mereka.


Terdapat 75 buah rumah Double Storey yang dijadikan sebagai Homestay bagi yang berminat untuk bermalam. Rumah dua tingkat yang mempunyai 4 buah bilik semestinya memberikan penginapan yang selesa dan kebebasan untuk melakukan aktiviti riadah lain. Kadar sewa buat masa sekarang adalah RM550 sehari. Saya difahamkan kadar sewa akan dinaikkan kepada RM750 menjelang pembukaan secara rasmi pada tahun 2013


  


Cuba aktiviti kayak dan jet ski. kadar sewa serendah RM20 sejam amatlah berbaloi untuk mereka ingin mencuba buat pertama kali. Disediakan beberapa buah bot dan perahu kecil sebagai option bagi mereka yang takut jatuh air.




Untuk reservation steamboat and homestay
Antonio 0138112848
Ambrose 0128862014

Saturday, October 22, 2011

The Spring Mall


The Spring Mall adalah Pusat Beli Belah terbesar dibandaraya Kuching. Ianya terletak dibahagian Timur bandaraya. Pada mulanya keengganan untuk membuat sebarang posting mengenai Shopping Complex di Kuching akhirnya berubah kerana majority para pelawat amat berminat terutamanya pelancong dari negara jiran iaiu Brunei Darrulsalam untuk ber-shopping di dalam bangunan megah berhawa dingin ini


Mengambil masa selama 20 minit perjalanan sememangnya mudah untuk menjejakkan kaki kesana. 

Ianya tempat favourite bagi penduduk tempatan berkunjung samada untuk menjamu selera, bersantai ataupun berhibur.





Gedung Beli Belah Parkson Grand adalah outlet terbesar didalam The Spring Mall ini. Seperti yang kita telah maklum, Parkson Grand terkenal dengan jualan produk berkualiti dengan harga diskaun.

Bagi penggemar hiburan, level 3 dan 4 adalah tempat wajip untuk dijejakkan kaki kerana terdapatnya sebuah Pawagam Canggih iaitu MBO - Box Office Cinema dan Pusat Karaoke.

Terdapat pelbagai outlet menjamu selera yang disediakan. Big Apple Donuts, Starbucks, Secret Recipe, Kennie Roggers, Pizza Hut & KFC dan berbagai restoran francais ada disini. Bagi penggemar makanan-makanan menu Sarawak silalah menuju ke Food Bazaar dimana beratus menu lazat dari dalam dan luar negeri dijual dengan harga yang berpatutan.

Juga terdapat Watson dan Ta Kiong Supermarket jika mahu membeli toiletries.


kemudahan lain;
ATM dari pelbagai Bank.
Surau
Free Wifi

Event

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...